Perlukah Carum Takaful Nyawa Untuk Anak?

Perlukah Carum Takaful Nyawa Untuk Anak?

Kesedaran masyarakat hari ini telah bertambah baik akan keperluan takaful hidup kita ini. Namun, ada segelintir pihak yang menggunakan emosi pelanggan sebagai alat pemasaran untuk mencarum takaful. Akhirnya, perkara yang tak perlu dijadikan sebagai ‘keperluan’.

Contohnya, takaful nyawa untuk anak.

Jika kita faham definisi takaful nyawa sebenar-benarnya, anda tak akan menjadikan ini sebagai prioriti anda pun. Tujuan takaful nyawa adalah untuk tanggung liabiliti atau tanggungan yang ditinggalkan oleh pencarum setelah meninggal dunia dalam bentuk papasan. Dengan ini, pewaris tidak terbeban dari segi kewangan untuk selesaikan liabiliti yang ditinggalkan.

Logiknya, bayi atau kanak-kanak mana ada tanggungan lagi bukan? Mereka tak ada liabiliti pun hendak ditanggung dalam umur kecil sebegitu. Lagi sadis, adakah kita kemaruk sangat hendakkan pampasan dari kematian anak kita sendiri?

Kalau saya lah, saya lebih memilih nyawa anak daripada pampasan anak tu. Betulkan?

Jika hendak carumkan takaful untuk anak sekali, anda perlu buat ikut prioriti. Sebelum tu, anda kena faham perbezaan takaful nyawa dan kad medikal. Berikut cadangan prioriti yang boleh saya cadangkan.

 

1. Kad Medikal : Perlindungan Perubatan

Ini adalah takaful atau perlindungan paling penting untuk anak-anak.

Seperti mana kita tahu, kanak-kanak lebih mudah terdedah kepada penyakit kerana tahap immuniti yang masih rendah. Lagi-lagi mereka yang mempunyai penyakit keturunan atau kongenital, kos perubatan boleh mencecah ribuan ringgit!

 

2. Perlindungan Penyakit Kritikal (Critical Illness, CI)

Cakap pasal penyakit keturunan, ada sesetengah kes, penyakit ini boleh menjadi lebih parah atau kritikal. Jadi, bukan orang dewasa sahaja yang perlukan perlindungan penyakit kritikal, kanak-kanak juga perlu. Dengan ini, ibu bapa tidak akan terbeban dengan kos rawatan kerana sedikit sebanyak dibantu dengan pampasan daripada takaful tersebut.

 

3. Perlindungan Cacat Kekal (Total Permanent Disability, TPD)

Kebiasaannya perlindungan cacat kekal disekalikan dengan pampasan kematian iaitu takaful nyawa.

Jika berlaku kematian, mungkin tiada kos yang perlu ditanggung selepas itu. Tapi kita perlu ingat, jika berlaku kecacatan yang kekal, terdapat banyak kos yang perlu ditanggung selepas itu. Adalah bagus jika ibu bapa yang mempunyai bajet yang lebih untuk dapatkan sekali caruman TPD. Ini kerana caruman TPD pada umur yang muda boleh dikatakan murah.

Lihat wajah ceria anak-anak, siapa yang tidak mahukan yang terbaik untuk mereka bukan? Ya, anda boleh dapatkan kesemua manfaat sebagai perlindungan untuk anak-anak, namun persoalan seterusnya adalah bagaimana pula peruntukan atau bajet anda? Itu baru seorang anak, kalau 2, 3, 4 dan seterusya bagaimana pula?

Jangan risau, dengan ada nya pelbagai syarikat operator takaful di Malaysia, anda boleh buat perbandingan pelan takaful syarikat mana yang menawarkan kos minima dengan manfaat yang setimpal.

Lagi memudahkan, dengan khidmat penasihat kewangan yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia, BNM, kami boleh buatkan perbandingan yang telus seiring dengan kemampuan kewangan anda.

Contoh laporan perbandingan yang saya buat adalah seperti berikut :

perbandingan-takaful

Untuk dapatkan khidmat nasihat saya, boleh KLIK DISINI untuk atur temujanji.

 

Leave a Reply