Cara Kira Takaful Penyakit Kritikal Yang Berpatutan

Cara Kira Takaful Penyakit Kritikal Yang Berpatutan

Sebagai pencarum takaful, adakah anda perlukan perlindungan penyakit kritikal? Jawapannya YA!

Menurut AKPK, penyebab kedua terbesar mereka yang mengalami masalah hutang dan serah diri dalam Program Pengurusan Hutang AKPK adalah biaya kos perubatan yang tinggi (18.1%).

Bayangkan jika anda tidak memiliki takaful perlindungan penyakit kritikal, sekali badai tu datang boleh membenamkan kewangan anda terus. 

Antara faktor utama masih ramai yang tidak mencarum takaful adalah disebabkan komitmen bayaran yang mahal, terutama sekali bahagian perlindungan penyakit kritikal ni.

Walaubagaimanapun, hal ini boleh dielakkan dengan mendapatkan perlindungan yang berpatutan. Sebelum itu, kita fahami dulu apakah yang dimaksudkan dengan perlindungan penyakit kritikal?

 

Apakah Perlindungan Penyakit Kritikal?

Perlindungan ini tidak sama seperti kad medikal yang kita sedia maklum fungsinya. Perbelanjaan hospital yang ditanggung oleh operator kad medikal anda akan dibayar terus ke panel hospital, bukan pemilik kad medikal. 

Ada juga beberapa operator yang menetapkan supaya pemegang kad medikal mendahulukan duit mereka kemudian boleh buat tuntutan semula.

Manakala, pampasan penyakit kritikal dibayar terus kepada pencarum jika didapati menghidap salah satu daripada 42 penyakit kiritkal.

Mudah faham, penyakit kritikal ni betul-betul penyakit yang boleh menyebabkan anda hilang daya upaya untuk bekerja. Oleh itu, pampasan diberi sebagai ganti kepada pendapatan anda.

 

Berapa Perlindungan Yang Anda Perlukan?

Dengan memahami definisi penyakit kritikal, anda boleh buat anggaran kos untuk memiliki perlindungan penyakit kritikal.

Kebanyakan kes, tempoh rawatan dan untuk anda pulih boleh memakan masa beberapa bulan ke beberapa tahun. Sebagai permulaan, anda boleh gunakan rule of thumb untuk kira perlindungan yang minima iaitu :

 

Perlindungan Minima = Gaji Tahunan x 3 Tahun

 

Ini kerana kita ambil senario umum bahawa mereka yang menghidap penyakit kritikal mempunyai baki jangka hayat 3 tahun.

Kalau gaji anda RM50,000 setahun, bermakna jumlah MINIMUM perlindungan penyakit kritkal anda adalah RM150,000.

Perlindugan minimum ni sekadar nak ganti nilai gaji anda sahaja. Terdapat beberapa faktor lain yang perlu anda ambil kira. Contohnya kos perubatan yang kian naik disebabkan inflasi.

Oleh itu, jikalau mampu untuk dapatkan perlindungan lebih tinggi, itu lebih bagus. Pastikan bayaran takaful anda tidak melebihi 10% daripada gaji anda (termasuk kad medikal).

 

Di Malaysia ni ada lebih 10 operator takaful. Kita boleh perbandingan antara beberapa operator takaful yang anda untuk dapatkan harga yang berpatutan.

Dengan mendapatkan khidmat perunding kewangan bertauliah, anda tak perlu pening-pening dah. Mereka arif dalam buat perbandingan dan siap boleh nasihatkan anda berapa perlindungan yang sesuai untuk anda.

Leave a Reply