3 Perkara Asas Takaful Yang Anda Perlu Tahu
Happy family with several members in education process

3 Perkara Asas Takaful Yang Anda Perlu Tahu

Siapa yang tidak mahu takaful murah kan? Persoalannya, murah tu yang macam mana dikatakan murah?
How cheap is cheap?
Susah sebenarnya untuk jawab persoalan ni. Bila dah murah, manfaatnya pula yang sikit. Bila ambil manfaat yang banyak, carumannya pula yang mahal. Jadi, jangan kejar yang murah. Tapi, carilah yang kos efektif. Kos yang efektif adalah harga caruman sepadan dengan manfaat takaful yang diperoleh.  

Apa beza takaful nyawa dan kad medikal ?

Cakap berkenaan takaful, anda kena bezakan antara takaful nyawa (life takaful) dan kad medikal. Ini kerana kedua-duanya mempunyai tujuan yang berbeza. Takaful nyawa berfungsi sebagai pengganti pendapatan (income replacement) manakala kad medikal pula adalah sebagai pelindung pendapatan (income protection). Kedua-dua fungsi takaful ni nampak macam sama tapi sebenarnya bukan. Daripada definisi pengganti pendapatan sahaja, kita sudah tahu bahawa takaful nyawa bertindak mengganti sumber pendapatan bila ketiadaan kita. Kita ambil contoh seorang suami yang mempunyai tanggungan seorang isteri yang tidak bekerja dan seorang anak. Mereka ini memang berharap pada pendapatan si suami. Jika si suami meninggal, bagaimana si isteri dan si anak hendak bergantung harap? Dengan adanya takaful nyawa, si waris akan menerima pampasan takaful sebagai pengganti pendapatan arwah suami. Persoalannya, berapa banyak pampasan yang diperlukan dan cukup untuk si waris? Itu akan dihuraikan sebentar lagi, teruskan membaca. Untuk kad medikal pula bertindak sebagai pelindung pendapatan (income protection) supaya bila ditimpa musibah kesihatan, duit yang diperlukan untuk tanggung kos perubatan tidak menggunakan duit simpanan anda. Sebaliknya menggunakan manfaat kelebihan kad medikal yang ada. Dalam artikel ini, penekanan adalah lebih pada takaful nyawa. Bila anda hendak melanggan takaful nyawa, ada beberapa perkara yang anda perlu ambil tahu iaitu bila perlu mula untuk melanggan, berapa banyak pampasan yang anda perlukan dan jenis polisi yang bagaimana anda perlukan.  

Bila perlu mula untuk langgan takaful hayat ?

Jika anda sudah faham fungsi takaful nyawa, anda akan tahu siapa sepatutnya yang melanggan takaful hayat ni. Jika anda masih belum berkahwin dan tiada tanggungan yang bergantung harap pada pendapatan anda, memiliki takaful hayat mungkin bukan prioriti kewangan anda. Sebaliknya kad medikal adalah menjadi keutamaan anda. Jika mahu langgan takaful hayat sekali pun, mungkin pampasan takaful tidak banyak seperti mereka yang mempunyai tanggungan. Paling tidak pun, manfaat yang diberi oleh majikan pun sudah mencukupi untuk mereka yang tiada tanggungan. Bila anda sudah berkahwin, anda perlu mula fikirkan untuk memiliki takaful hayat kerana anda sudah mula ada tanggungan. Perlu ingat, lagi awal anda langgan takaful, lagi murah bayaran yang anda perlu peruntukkan untuk takaful.  

Pilih kos caruman yang efektif

Pemilihan pakej yang berbaloi adalah bergantung pada status kehidupan dan kewangan anda. Orang kata, besar periuk besarlah keraknya. Begitu juga halnya dalam takaful, makin besar gaya hidup dan tanggungan anda, maka makin besarlah caruman yang anda kena bayar. Rule of thumb yang mudah difahami sebagai permulaan adalah jumlah caruman atau peruntukan tidaklah melebihi 5% daripada jumlah gaji anda. Seterusnya anda juga perlu kira berapa banyak pampasan yang terbaik untuk anda. Ini perlu dapatkan nasihat daripada mereka yang pakar. Dalam era teknologi hari ini, anda boleh buat perbandingan takaful daripada pelbagai operator takaful yang ada di Malaysia. Lagi mudah, anda boleh dapatkan khidmat nasihat perunding kewangan bertauliah yang mempunyai akses semua maklumat operator takaful yang ada. Dengan ini, anda tidak perlu buang masa untuk buat perbandingan. Selain itu, pampasan takaful nyawa juga berperanan sebagai pengganti untuk langsaikan hutang anda jika sudah meninggalkan dunia nanti. Jadi, anda perlu ambil kira beberapa perkara termasuk hutang, aset yang hendak diwariskan dalam pengiraan pampasan yang diperlukan.  

Pilih jenis takaful hayat yang betul

Pampasan takaful nyawa ada tiga jenis iaitu :
  1. Term life policy
  2. Whole life policy
  3. Endowment policy
Secara asasnya, ketiga-tiga jenis polisi ni memenuhi ciri-ciri asas takaful hayat iaitu pampasan kematian dan cacat kekal. Namun setiap polisi mempunyai kelebihannya tersendiri dari segi manfaat dan harga. Yang murah tak semestinya bagus untuk anda. Berbalik kepada asas, keperluan anda bergantung pada gaya hidup dan status kewangan anda. Inilah kelebihannya anda mendapatkan nasihat daripada perunding kewangan berlesen. Disamping perunding kewangan ini menganalisa kedudukan anda, mereka juga tahu dan peka pakej mana yang terbaik untuk anda dengan membuat perbandingan yang telus. Ingat, bukan murah yang dicari. Tetapi pakej yang kos nya efektif dari segi manfaat dan keperluan.
Artikel ini dihantar oleh saudara Fadzizul Zakaria, seorang perunding kewangan berlesen. Info lanjut berkenaan beliau boleh didapati di laman web beliau, fadzizulzakaria.com .

Leave a Reply